Penulis: DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
Harga: RM10

jom-menyerlah Sinopsis

GAGAL. Mendengar sahaja sudah cukup menggusarkan jiwa apatah lagi mengharunginya. Namun, percayalah tanpa kegagalan adalah mustahil kita dapat mengecap kejayaan.

Malangnya, masih ramai yang tidak menyedari dan mencari jalan untuk mengelaknya.

Ia secara tidak langsung membuatkan segala potensi dan bakat-bakat unik terbenam jauh ke dalam diri kerana takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Justeru, gilaplah ia kembali dengan mengenali kekuatan dan kelemahan diri.

Moga-moga anda mampu menyerlah dalam kehidupan dunia kini dan akhirat nanti.

JOM MENYERLAH adalah sebuah buku motivasi santai garapan pakar motivasi terkenal, Dr HM TUAH ISKANDAR-al haj. Dengan gaya penulisan yang bersahaja, beliau berjaya membuatkan isu-isu serius menjadi ringan dan menghiburkan.

Terdapat lebih 100 topik semasa yang dibincangkan di dalam buku ini. Semoga ia mampu menjadikan anda insan yang luar biasa jayanya.

** Koleksi Peribadi Buku Dr HM TUAH ISKANDAR. Saya Suka!